1. Adakah nikah di Thailand sah? |
- Jawapan: Ya, pernikahan yang berlangsung di salah satu 5 Wilayah Selatan Thailand yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia adalah 100% sah mengikut hukum syarak. Pasangan tidak perlu bimbang tentang ini kerana imam-imam yang dilantik untuk menikahkan pasangan telah mendapat tauliah dari JAKIM dan Majlis Agama Islam di Thailand.
|
2. Adakah sijil nikah Thailand diiktiraf oleh kerajaan Malaysia? |
- Jawapan: Ya, 100% diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia. Kalau pasangan ditangkap berkhalwat, tuan/puan tidak akan disabitkan atas apa-apa kesalahan, kerana sijil nikah Thailand adalah sah dan diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia.
|
3. Di manakah akad nikah berlangsung tuan haji? |
- Jawapan: Akad nikah akan berlangsung di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), Thailand. Imam yang bertugas telah mendapat tauliah dari JAKIM untuk menikahkan tuan/puan di sana.
|
4. Bagaimana jika saya tidak mempunyai passport tuan haji? |
- Jawapan: Pasangan perlu ada passport/border pass untuk memasuki negara Thailand atas urusan apa sekalipun.
|
5. Bilakah boleh dapat sijil nikah? |
- Jawapan: Sijil nikah boleh dapat pada hari yang sama selepas selesai urusan akad nikah. Sijil nikah tersebut akan disahkan oleh MAIS sebelum disahkan oleh Konsulat Malaysia.
|
6. Bolehkah saya dapat sijil nikah dan pengesahan dari Konsulat Malaysia dalam masa 1 hari? |
- Jawapan: Tidak boleh. Urusan di Konsulat Malaysia mesti dibuat dalam masa 2 hari bekerja. Hari pertama khusus untuk urusan penyerahan dokumen, dan hari kedua pula khusus untuk urusan kutipan dokumen.
|
7. Saya telah digantung tidak bertali oleh suami selama 5 bulan, dan saya ingin bernikah dengan lelaki lain. Bolehkah? |
- Jawapan: Tidak boleh. Mengikut hukum syarak, puan masih lagi isteri yang sah kepada suami puan. Dalam kes begini, puan perlu pergi ke pejabat agama terdekat dan memohon cerai taklik. Jika bernikah di Thailand, puan boleh mohon cerai taklik di sana. Selepas dapat sijil cerai, pernikahan di Thailand boleh berlangsung mengikut prosedur biasa.
|
8. Perlukah kami datang sendiri ke Thailand untuk urusan di Konsulat Malaysia? |
- Jawapan: Pasangan tidak perlu datang berdua. Salah seorang daripada pasangan boleh datang untuk urusan penyerahan dan kutipan dokumen di Konsulat Malaysia.
|
9. Adakah pernikahan di Thailand mesti didaftarkan di Malaysia? |
- Jawapan: Pendaftaran pernikahan Thailand di Malaysia bergantung kepada keperluan dan kehendak pasangan. Tetapi, lebih baik tuan/puan daftar pernikahan pasangan di Malaysia untuk kepentingan masa hadapan.
|
10. Kami ingin mendaftar pernikahan kami di Malaysia. Adakah kami perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah? |
- Jawapan: Pasangan yang ingin menguruskan sendiri urusan pendaftaran nikah di Malaysia, atau guna khidmat peguam perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes. Walau bagaimanapun, pasangan yang mahu mendaftarkan terus pernikahan di pejabat agama Malaysia tanpa perlu naik mahkamah boleh mendapatkan pakej daftar nikah daripada kami selepas selesai nikah di pejabat agama Thailand.
|